Subscribe:

Senin, 13 Februari 2012

Cerpen Sahabat Sejati


Hayati mengemas pakaiannya ke dalam "back-pack"nya, sementara menunggu
laptopnya "turn-off". Kemudian, dia memperosokkan sahaja laptopnya ke dalam
"back-pack"nya. Zuraida, teman sebilik Hayati memasuki bilik sambil membawa
secawan kopi yang baunya semerbak sehingga memenuhi atmosfera bilik
mereka.
"Awak tak tido umah malam ni ke?" tanya Zuraida.
Hayati sudah mengagak pertanyaan tersebut, lalu tersengih sahaja.
"Huhu.. Sedihnya saya tinggal sorang-sorang lagi dalam bilik malam ni, tak de
orang nak tolong segarkan saya kalau mengantuk masa study," Zuraida
merengek.

Hayati memakai tudungnya, sambil meniup-niup bucu tudungnya supaya kemas.
"Alah awak ni, tiada keupayaan dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah. Doa
la banyak-banyak supaya Allah segarkan awak. Kadang-kadang, saya ni
menggalakkan awak tido lagi ade lah."
Zuraida mencebik. "Awak tido rumah sape pulak malam ni?"
"Rumah, err.. rumah.. Huda." Hayati teragak-agak ingin menyebut nama Huda,
kerana ini merupakan kali ke 3 dalam minggu itu Hayati bermalam di rumah
Huda. Huda merupakan junior kepada Hayati, dia merupakan seorang muslimah
yan gmempunyai keperibadian yang tulus, walaupun masih belum memahami
tanggungjawab dakwah dan masih belum memahami sepenuhnya erti islam yang
syumul.
Sejak Huda baru sampai ke bumi "Down Under" ini, Hayati telah pun menjalinkan
hubungan akrab dengannya. Maklumlah, sayanglah sekiranya jiwa yang baik
disia-siakan potensinya.
"Awak nak ikut, Zuraida?" Hayati cuba menghangatkan suasana.
Muka Zuraida terus berubah ceria, "Boleh juga!"
Walaubagaimanapun, ada konflik yang berlaku di dalam diri Hayati, dia dapati
dalam dia memenangi hati mad’unya, kadang-kadang dia terasakan seperti
mengabaikan hak sahabat-sahabatnya yang lain. Walaupun begitu, sahabat-
sahabat serumahnya sangat "supportive", dan sering memberi kata perangsang,
serta ada kalanya sekiranya Hayati tidak sempat melaksanakan tugas mengikut
"duty roster" rumah, pasti ada sahabatnya yang lain akan membantunya,
terutama sekali Zuraida.
"Tunggu saya kemas barang saya kejap ye!" kelam kabut Zuraida meletakkan
cawan kopinya dan terus mengemas barang serta menyalin pakaiannya.
Hayati dan Zuraida berjalan menuju ke stesen bas.
Zuraida melihat jadual bas, "Pukul 5.30 p.m baru bas sampai, sekarang baru
pukul 5.15 p.m"
Hayati mengangguk, "Tak pe lah, kita dok sini dulu sembang-sembang"
Zuraida sengih lagi.
"Awak tau tak…" Zuraida memulakan bicara.
"Tak tau, hehe" Hayati berlawak.
"Tak pe lah.. tak jadi bagitau la kalau cam tu.." Zuraida terus merajuk.
"Alah, awak ni.. Saya gurau je.." Hayati cuba memujuk.
Zuraida memaksa dirinya untuk senyum kembali. Entah mengapa, sejak akhir-
akhir ini, dia sangat mudah terasa dengan Hayati. Jauh di lubuk hatinya, Hayati
merupakan sahabat yang paling dia sayang di kalangan sahabat-sahabat
serumahnya. Mungkin kerana itu dia mudah terasa dengan setiap tindak-tanduk
Hayati. Namun begitu, Zuraida merupakan orang yang pandai menyembunyikan
emosi di sebalik senyumannya yang kelihatan tenang.
"Awak tau tak, dalam banyak-banyak kawan kita.. Awak la yang paling saya….." belum sempat Zuraida menghabiskan ayatnya, tiba-tiba kedengaran bunyi hon dengan suatu suara kuat.
"Assalamualaikum.. Nak pegi mana tu?" Rupa-rupanya Sufiah. Sufiah "pull-over"
kereta kecilnya yang berwarna merah. "Hayati, Zuraida.. Naiklah kereta saye ni.
Tak sudi ke naik kereta buruk ni"
"Kami nak ke North Melbourne, are you heading that way as well?" tanya Hayati.
Zuraida yang belum sempat menghabiskan ayatnya, terkejut dengan kedatangan
Sufiah. Zuraida tergelak kecil di dalam hatinya, dia terbayangkan Sufiah ibarat Mr
Bean yang memandu kereta kumbang. Perbualannya dengan Hayati termati
begitu sahaja.
"Come in, come in. Have a ride. I’m heading to Docklands. Boleh drop korang kat
North Melbourne." Kata Sufiah.
Dalam kereta, Sufiah memasang lagu UNIC, Sahabat Sejati. Zuraida yang duduk
di belakang tiba-tiba membuka bicara, "Yati, ni lagu untuk awak." Hayati
senyum, "Terima Kasih". Sufiah pula mencelah, "Saya ni tak de orang nak
dedicate lagu ke?". Ketiga-tiga orang sahabat tersebut tertawa.
Zuraidah memandang Hayati yang sibuk berceloteh bersama Sufiah. Zuraida
mengalihkan pandangannya ke luar. Lagu terus berkumandang,
"Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini"
Mungkin Hayati tidak mendapat mesej yang ingin disampaikan oleh Zuraida.
Zuraida sangat bersyukur kepada Allah, kerana mengurniakan seorang sahabat
yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Hayati merupakan sahabat fillah
yang pertama yang Zuraida kenali. Hayati banyak memberi sokongan kepada
Zuraida di dalam pelajaran, maklumlah Hayati pelajar yang cepat tangkap
pelajaran. Namun begitu, sejak mereka melangkah ke tahun dua universiti, dan
sejak mereka menerima kedatangan adik-adik baru, mereka jarang dapat
menghabiskan masa bersama sepertimana dahulu. Zuraida sangat khuatir
sekiranya dia ketinggalan, dari segi pelajaran, dari segi dakwah, dari segi
tarbiyah, dari segi bilangan mad’u, dari segi segala segi.
Zuraida terus memerhatikan Hayati, ditenungnya sahabat itu puas-puas dan
berdoa di dalam hatinya, "Ya Allah terimalah segala amal sahabat ku ini, dan
ikhlaskan dia. Dan kuatkan dia sekira dia berasa lemah, dan ikhlaskan dia tatkala
dia mengharapkan sesuatu selain Engkau"
BERSAMBUNG FRIENDS..........................

0 komentar:

Posting Komentar